Laman utama Rundingan Sumbangan Forum Sign-in


Mukadimah

Apa itu Pericopsis?

"Pericopsis" adalah pangkalan data percuma dan kolaboratif bagi penyetempatan dan pengenalan pokok. Peta pokok dan nama pokok boleh diakses menggunakan laman Rundingan. Selepas pendaftaran percuma, maklumat boleh ditambah atau disunting menggunakan laman Sumbangan. Pericopsis terbuka kepada sumbangan penduduk serta pangkalan data dari masyarakat bandar.

Adakah Pericopsis hanya untuk pakar botani?

Pericopsis adalah platform sains warganegara berazaskan prinsip "Wiki" yang bermaksud: "menjadikannya mudah untuk membetulkan kesilapan dan bukan menjadikan sesuatu sukar". Jika anda ragu dengan nama, anda boleh menilai sumbangan anda sebagai "tidak pasti". Anda juga boleh menyunting sumbangan pengguna lain jika anda dapati sumbangan tersebut tidak tepat.

Apa tujuan Pericopsis?

Pengetahuan mengenai biodiversiti adalah asas untuk hidup harmoni dengan alam semula jadi. Penyertaan anda membolehkan pengumpulan data yang akan disajikan kepada orang ramaiuntuk masyarakat. Pengetahuan tentang kepelbagaian pokok pada skala tempatan, serantau dan global akan membantu menguruskan landskap kediaman dengan cara yang diselaraskan. Aktiviti pemetaan khusus dikumpulkan di bawah projek-projek yang berbeza:
“Ex-situ” pokok yang ditanam untuk pemuliharaan spesies.
“Data-terbuka” pangkalan data dari masyarakat bandar
“Schola” penngamatan yang dilakukan melalui aktiviti sekolah.

Ayo mulakan!

Pada masa ini terdapat436516 pokok telah dipetakan. Projek ini memerlukan tindakan anda untuk mencapai matlamatnya. Pemetaan pokok pada halaman rumah dan jalan adalah permulaan yang baik. Selepas pendaftaran anda boleh menandakan kawasan pilihan dengan sebuah poligon. Ia tidak kira sama ada pokok-pokok tersebut adalah jarang dijumpai, biasa, atau invasif, semua data adalah menarik dan berguna untuk dikongsi bersama. Arahan lanjut untuk pemetaan pokok boleh diperolehi dengan menggunakan pautan Bagaimana menyumbang.

Peta sebaran

Gauche Gauche
tree436516
0
11 - 100
1001 - 10 000
100 001 - 1 000 000
1 - 10
101 - 1000
10 001 - 100 000
> 1 000 000

Pericopsis.org 2014 |Hubungi Webmester